2017, H. H. Lim
Dalam siri ‘Panoramas I) The cage the brench and the lunggage II) Overview’ oleh H.H Lim mendokumentasikan karya instalasi kontemporari secara konseptual yang mengangkat objek harian dalam penerokaan ruang berfungsi sebagai cerminan kepada pengalaman penonton. Melalui pendekatan ini, nilai estetika tidak lagi bersandarkan pada objek semata-mata, sebaliknya melahirkan sebuah idea gagasan interaktif sebagai paksi utama yang menghubungkan ruang dan audien. Walaupun beliau tidak mempunyai jumlah siri yang tetap atau terhad kerana bersifat ‘Multidisiplinari’ namun beliau berani dalam mengekplorasi bahan media dan beliau juga merupakan antara tokoh yang penting dalam gerakan seni kontemporari Malaysia.
Karya ini merupakan sebuah perbincangan dialektika antara ruang peribadi dan ruang awam melalui penggunaan objek-objek harian sebagai simbolik kepada terjemahan manusia dalam sistem sosialpolitik. Dari sudut perspektif karya, ‘Panoramas I) The cage the brench and the luggage’ ialah bersifat sentipetal dan makna yang luas yang mana penonton ditempatkan di tengah-tengah ruang untuk merasai pengalaman dalam melihat dunia yang kompleks dan tanpa batasan secara menyeluruh. Dari sudut ‘II) Overview’ penggunaan perspektif pemerhatian dari atas (Top-down) yang bersifat reflek untuk menganalisis krisis global dan ketidaktentuan zaman melalui pandangan yang lebih objektif dan berjarak. Keseluruhnya, karya ini telah menghadirkan satu keseimbangan ruang yang imersif kepada penonton untuk berfikir secara analitikal melalui pengalaman mereka sendiri.
Secara simbolisme karya ini mendokumentasikan makna di sebalik keseimbangan ruang bagi mendorong audien untuk berfikir secara analitikal. Menerusi interpretasi makna simbol sangkar, bangku dan bagasi memperlihatkan identiti karya yang mendekonstruksi makna secara konseptual. Dari sudut ‘Overview’ pula, perspektif yang dipapar mencerminkan falsafah beliau dalam menilai persepektif yang dinamik melalui panorama visual.
Karya ini merupakan karya teragung H. H. Lim yang mengekplorasi media ‘Instalasi Multidisipliner, melalui tema sosialpolitik Malaysia yang menghubungkan budaya timur dan barat menerusi penggunaan objek yang universal melaui kritikan terhdap sistem sosial. Karya ini pernah dipamerkan di ‘Tang Contemporary Art, Bangkok’ (2017).