Siri ‘Solat: Subuh, D’zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak’ (1993) oleh Fatimah Chik sebagai sebuah karya ikonik menerusi estetika yang dipamerkan memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai sebuah karya Agung yang holistik. Siri ini merupakan sebuah manifestasi seni catan batik dan kolaj yang menggambarkan transisi waktu solat melalui penggunaan warna yang dinamik dan kesan pencahayaan pada siri tersebut. Ikoniknya, Kongres Kebudayaan Kebangsaan, ini menjadi jambatan kepada beliau dalam proses pencarian jati diri, identiti budaya, simbolisme dan naratif tempatan dalam karya ini. Era perkembangan siri batik penghasilan Fatimah Chik sebelum dan selepas, siri solat menunjukan evolusi yang ketara daripada bersifat ekperimental kepada kematangan identiti.
Dari sudut identiti kebudyaan, siri ’Solat’ (1993) merupakan sebuah manifestasi ibadah solat sebagai tunjang kehidupan seorang Muslim. Pengkaryaan terhadap kepekaan dan sensititivi nenerapan unsur estetika yang melambangkan makna simbolik Melayu-Nusantara melalui motif tradisonal pucuk rebung dan gunungan, bentuk segi tiga melambangkan kestabilan.’Dzul Haimi Md Zain’. Konsep kesimbangan simetri, dapat dilihat dalam pengolahan dan penyusunan motif dalam karya dapat dilihat secara simetri selari dengan struktur komposisi. Karya ini mengingatkan tanggungjawab hambanya kepada sang pencipta menerusi karya ‘Subuh’, ‘Zohor,’ dan ‘Isyak’. (Rozaika Omar Busaree) (1995). Dari sudut formalistik, reprentasi perjalanan masa dapat dilihat melalui penggunaa teori warna digunakan dinamik. Dominasi warna melalui transisi cahaya melambangkan mengikut kedudukan matahari iaitu warna gelap (subuh), cerah (Zohor) dan kembali kepada gelap (Isyak).
Siri ‘Solat’ karya Fatimah Chik sangat penting dalam memartabatkan seni warisan tanah air melalui kraf batik ke peringkat lebih tinggi dan mencerminkan keteguhan dalam Islam. Keunggulan siri ini telah menempatkan beliau ke pameran yang berprestij seperti di Jerman, Amerika Syarikat, dan seluruh rantau ASEAN.