Dato’ Syed Ahmad Jamal merupakan pelopor penting dalam dunia seni lukis moden, terutamanya dalam gerakan ekspresionisme abstrak Malaysia. Evolusi dinamik seni beliau memperlihatkan anjakan paradigma melalui tranformasi estetika, iaitu daripada aliran ekspresionisme Abstrak Barat 1950-an hingga 1960-an kepada siri ikonik 1970-an hingga 1980-an. Ikoniknya, menerusi fasa transisi ini beliau menyerapkan identiti budaya Melayu dengan memperkenalkan simbolisme yang mengangkat mitodologi tempatan.
Beliau juga terkenal dengan siri ikonik ‘Semangat Ledang’ (1999) yang menjadi kemuncak dalam pencarian naratif jati diri dan simbolisme tempatan. Siri karya ini, merupakan kesinambungan manifesto simbolik identiti kepada siri karya ‘Gunung Ledang’ (1987). Siri ini menandakan fasa peralihan beliau daripada pengaruh ekspresionisme barat (1950) kepada perspektif kesatuan organik (1970). Hal ini dapat dilihat melalui gabungan antara nilai estetika abstrak dan Islam serta pemilihan warna yang harmoni, selaras dengan seruan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.
Dari sudut sosiobudaya, Dato Syed Ahmad Jamal menerapkan unsur naratif tempatan sebagai jambatan yang menghubungkan warisan visual, sejarah, nilai kerohanian, dan jati diri bangsa. ‘Semangat Ledang’ (1999) dikenali magnum opus pada zamannya yang mengangkat keagungan sejarah empayar melayu melalui simbol Gunung Ledang dalam karyanya. Penggunaan motif bukan sahaja mencerminkan identiti masyarakat tempatan yang luhur, malah bertindak sebagai manifestasi pemikiran falsafah yang mendalam. Dari sudut konsep mitos dan lagenda (Intertekstualiti) pula, menghubungkan naratif Puteri Gunung Ledang dengan seni visual melalui simbolisme abstrak. Karya ini menjadi ikon budaya yang mengangkat sejarah dan jati diri bangsa ke peringkat global.
Sudut formalistik, beliau mengimbangi gaya abstrak dengan semangat pengisian jati diri. Beliau menterjemahkan estetika warisan dalam bentuk visual kontemporari melalui penggunaan teknik sapuan berus yang dinamik dan pemilihan warna yang simbolik identiti masyarakat. Pendekatan ini memartabatkan seni warisan budaya dan menjadi medium penting dalam memelihara naratif visual supaya kekal relevan merentasi masa.