Siri karya ‘Tanah & Air’ #002 (2020) merupakan sebuah karya ikonik berdirinya Yee I-Lann sebagai mercu monumen yang mencabar hegemoni naratif kolonial. Beliau membahaskan identiti, landskap dan sejarah melalui perspektif naratif visual ‘tanah air’ Malaysia khususnya di Borneo Sabah. Karya ini juga menandakan peralihan radikal daripada estetika fotomedia…
Nama Pengkarya
Yee I-Lann
Kelahiran
b.1971, Kota Kinabalu, Sabah
Tajuk Karya
Tanahairku#002 With weaving by Kak Sanah, Kak Budi, Kak Roziah, Adik Koddil, Adik Darwisa, Adik Alisya, Adik Dela, Adik Enidah, Adik Asima, Adik Norsaida, Adik Erna, Adik Dayang, Adik Tasya
Tahun
2020
Medium
Bajau Sama Di laut Pandanus weave with commercial dye
Saiz
384 x 460 cm
No. Perolehan
BSN2025.018
Koleksi
Koleksi Seni Visual NegaraNational Visual Arts Collection
Tanahairku#002 With weaving by Kak Sanah, Kak Budi, Kak Roziah, Adik Koddil, Adik Darwisa, Adik Alisya, Adik Dela, Adik Enidah, Adik Asima, Adik Norsaida, Adik Erna, Adik Dayang, Adik Tasya
2020, Yee I-Lann
Saiz teks
Siri karya ‘Tanah & Air’ #002 (2020) merupakan sebuah karya ikonik berdirinya Yee I-Lann sebagai mercu monumen yang mencabar hegemoni naratif kolonial. Beliau membahaskan identiti, landskap dan sejarah melalui perspektif naratif visual ‘tanah air’ Malaysia khususnya di Borneo Sabah. Karya ini juga menandakan peralihan radikal daripada estetika fotomedia digital (bersifat individu) kepada seni bersifat kolabroratif, kolektif dan inklusif (anyaman tikar bersama komuniti). Siri ini merupakan sebuah kesinambungan manifesto penyatuan elemen ‘Tanah’ menerusi siri karya “Tanah airku” #001 (2018) dari pedalaman Keningau (Anyaman Buluh) dan elemen “Air”#002 melalui masyarakat pesisiran Pulau Omadal (Anyaman Pandan). Simbol ampersand (&) yang ikonik menjadi kunci utama dalam melengkapkan pencarian identiti nasional I-Lann.
Melalui perspektif geopolitik dan identiti, I-Lann menegaskan bahawa identiti nasional yang lengkap hanya dapat dicapai dengan menyatukan elemen geografi “air” (masyarakat Laut) dan “tanah” bagi (masyarakat darat) dalam sesebuah negara. I-Lann menzahirkan bahawa konsep ‘Tamu’ merujuk kepada pusat pertemuan (pasar) di Sabah yang menjadi platform utama kolaborasi dalam siri ini. Naratif komuniti tempatan dihasilkan melalui gabungan dua dimensi identiti dalam satu anyaman yang melibatkan status dan hak kewarganegaraan masyarakat Bajau. ‘Tikar’ berperanan sebagai simbol demokratik yang menjadi benteng antara seniman dan masyarakat berdasarkan konsep perkongsian melalui tikar dalam pertukaran idea dan kreativiti. Karya ini menjadi jambatan utama yang menghubungkan naratif masyarakat ‘Air’ dan ‘Darat’. (Yong & Ng, 2021)
Falsafah ini telah mengangkat suara masyarakat ‘Laut’ ke dalam sebuah naratif yang memperjuangkan martabat dan hak masyarakat penganyam tempatan melalui kolaborasi antara masyarkat yang berbeza latar perspektif. Secara tidak langsung, kraft tradisional tempatan diangkat ke peringkat global dan dapat membuktikan bahawa lahirnya sebuah identiti sejati masyarakat setempat kerana lumrahnya saling kebergantungan antara manusia. Naratifnya yang menjadi simbol identiti, siri ini dipamerkan di Singapore Art Mesuem (SAM) dalam pameran solo “Masau-Ansau”. Karya ini juga dianggap sebagai salah satu karya penting dalam warisan visual Malaysia.